Wednesday 21 December 2011

VIDEO KUMPULAN.. the making of kotak pensel.





10 KEPING GAMBAR TEKNOLOGI & INOVASI.





1) MESIN WUDU' AUTOMATIK

Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.


2) BULT-R-BOT

Untuk membantu tugas-tugas di dapur,butl-r-bot telah dirancang dengan  AI responsif dan teknologi canggih yang memaparkan lengan humanistik,  sensor yang canggih, kamera, susunan kipas dengan kemampuan gerakan, dan dilengkapi dengan aksesori canggih yang lain. Hal ini membolehkan ciptaan  ini bekerja secara dan boleh menyiapkan makanan, menerima perintah dan mengumpulkan makanan, bahkan boleh berinteraksi dengan peralatan-peralatan dapur.




3) TEMPAT MENYIMPAN BASIKAL

Ini adalah salah satu teknologi canggih Jepun yang memudahkan pengguna basikal menyimpan basikal mereka. Tempat letak basikal ini terletak di bawah tanah dan berbentuk silinder(lihat gambarajah). Di Jepun aktiviti berbasikal adalah popular kerana kawasan perbandaran mereka yang sempit dan padat. Mereka merekabentuk kemudahan ini dan boleh memuatkan beratus basikal di dalamnya. Walaubagaimanapun terdapat sistem yang dapat memanggil semula basikal anda naik ke atas tetapi tidak diketahui disebabkan tulisan panduan dalam bahasa Jepun.



4) BASIKAL FUTURISTIK

Basikal yang terlalu futuristik ini direkabentuk oleh Edward Kim dan Benny Cemoli. Basikal ini menggunakan motor yang dikuasa kan dengan kuasa bateri. Dengan kerangka yang diperbuat daripada gentian fiber, basikal ini sangat ringan dan tahan lasak.Tetapi basikal ini masih dalam peringkat konsep.


5) VOLKSWAGEN NILS

Volkswagen NILS merupakan sebuah kereta konsep masa depan, memiliki hanya satu tempat duduk, kerangka aluminium, pintu jenis bukaan sayap dan roda bebas di bahagian luar badan. Direka sebagai sebuah kereta elektrik dan mempunyai prestasi dinamik berasaskan kereta lumba Formula 1, ia mampu bergerak dalam keadaan senyap dan bebas emisi sepenuhnya.

Dengan jarak perjalanan sehingga 65 kilometer dan kelajuan maksimum 130 km/j, NILS bakal menjadi sebuah model pengangkutan ideal di dalam bandar, merujuk kepada perjalanan di antara bandar di Jerman yang kebiasaannya meliputi jarak dekat. German Bureau of Statistics mencatatkan, 73.9 peratus perjalanan antara Berlin dan Munich hanya meliputi jarak kurang dari 25 kilometer untuk ke tempat kerja.




6) BASIKAL FLEKSIBLE

Untuk mengelakkan basikal dicuri. Sebuah basikal yang sangat berinovatif telah dicipta oleh Kevin Scott dengan menjadikan basikal yang diciptanya itu boleh dilipat dan seterusnya diikat di tiang lampu ataupun mana-mana sahaja yang mempunyai tiang. Senang nak cakap basikal ini adalah mempunyai rekaan yang sangat fleksibel. Dan yang paling penting, basikal selamat untuk ditinggalkan di mana sahaja.







7) ALAT KESELAMATAN MOTOR

Alat keselamatan ini direka oleh Marc Graells adalah untuk pengguna motosikal. Alat ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai alat sekuriti bahkan ia juga berupaya untuk melindungi motosikal anda daripada sebarang habuk dan kotoran.  Alat ini dilengkapi dengan penggera keselamatan jika terdapat sebarang cubaan untuk mencuri motosikal anda. Inovasi ini mungkin agak baru bagi kita dan akan menjadi salah satu pilihan bagi anda.



8) INTELLIGENT MULTIMODE TRANSIT SYSTEM

Sistem pengangkutan awam yang menggunakan bas tetapi bergerak automatik tanpa pemandu. Bas ini bergerak berpandukan dot-dot magnet di tengah jalan raya dan tidak menggunakan rel. Boleh digunakan tanpa pemandu atau dengan pemandu. Dengan lambakan kereta persendirian di jalan menyebabkan kereta bukan lagi kenderaan praktikal di bandar-bandar. Kereta hanya digunakan di luar atau pinggir bandar sahaja. Sistem ini praktikal digunakan di bandar kerana ruang yang sempit. Misalnya di Kuala Lumpur, kesesakan makin hari makin teruk disebabkan penambahan kereta di bandar. Ramai orang memandu kereta sendiri ke tempat kerja kerana pengangkutan awam tidak efisien. Sistem IMTS ini dapat mengurangkan kesesakan jalanraya.



9) SHINKANSEN

Shinkansen adalah keretapi penumpang yang terpantas di Jepun dan Jepun adalah negara yang mempunyai sistem jaringan keretapi terbanyak di dunia. Orang jepun lebih selesa menaiki keretapi untuk perjalanan yang jauh dan ianya lebih selesa tetapi harganya agak mahal. Tetapi Kawasaki telah merekabentuk keretapi yang lebih pantas daripada Shinkansen sedia ada di Jepun. Kelajuannya boleh mencecah sehingga 217 batu per jam atau bersamaan dengan 349 kmj. Betapa lajunya keretapi ini mengalahkan shinkansen dengan kelajuan 188 batu per jam (303kmj). Keretapi ini mempunyai ruang legar yang luas di samping mempunyai cermin tingkap yang besar. Selain itu keretapi ini berbentuk lebih aerodinamik untuk mengurangkan daya geseran semasa dalam kelajuan yang tinggi. Kawasaki akan mengeksport teknologi keretapinya ke negara lain dan antara yang berminat untuk membina landasan keretapi laju adalah Brazil, Vietnam, US, India dan Russia.




10) PEN QURAN


Spesifikasi

1. Bacaan Al-Quran dari 3 qari dan
a)Terjemahan bahasa melayu
b)Bacaan muqaddam
c)Bacaan melalui "Guide Card" - sila rujuk gambar (kad yg berwarna biru)
2. Butang "pause"
3. Butang "mengulang"
4. Butang "mp3"
5. Sambungan USB(4.5mm x 12.0mm) dan (3.0mm x 6.8mm) - Standard usb cable
6. Pembesar suara dalaman (internal speaker)
7. Kawalan nada bunyi (volume control)
8. Menggunakan bateri bersaiz AAA
9. Aux-out (boleh di sambung ke radio, tv, speaker)
10. Bacaan dengan menyentuh bahagian ayat
11. Bacaan dengan menyentuh tajuk Surah
12. Bacaan dengan menyentuh muka surat
13. Qualiti bunyi yang lebih baik, terang dan jelas.

KELEBIHAN

1. Dibaca oleh 8 Imam. Terjemahan dalam Bahasa Melayu
2. Quran bersaiz "A5" (20cm x 14cm)(panjang x lebar)
3. Pen membaca yang berdiameter 1.5cm dan sepanjang 18cm.
4. Pen boleh digunakan untuk
a)membaca Al-Quran yang disertakan
b)membaca Muqaddam & praying instruction
c)membaca berpandukan index surah
d)membaca doa
5. Kualiti bunyi yang lebih baik, terang dan jelas



ISU : PERBEZAAN PELAJAR SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR BERKAITAN ILMU IT.






Bila kita melihat pada zaman sekarang, semua perkara yang ingin dilakukan boleh dikatakan berkaitan dengan teknologi dan inovasi. Seperti kita melihat sekarang banyak sekolah-sekolah menggalakkan semua pelajar dan guru celik it. Tetapi adakah adil jika dibandingkan pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam ilmu it ini? sedangkan pendedahan it untuk pelajar luar bandar kurang jika dibandingkan dengan palajar bandar. Dan jika dilihat sesetengah guru pun tidak mampu memberi kesan positif dalam sistem pembelajaran it di sekolah. Jadi, peranan guru-guru yang celik it perlu untuk mendidik dan memantau setiap perubahan dan tindakan dalam meningkatkan tahap pencapaian pelajar dan guru di luar bandar. Selari dengan peredaran masa sekarang 'semua benda berada di hujung jari anda'.jadi, apakah pendapat  atau cadangan rakan-rakan untuk mengatasi masalah yang berlaku kepada pelajar luar bandar supaya mereka lebih celik IT..semoga kongsian ilmu antara kita akan menambahkan lagi ilmu yang sedia ada..sekian.

10 VIDEO TEKNOLOGI & INOVASI.


























10 KEPING GAMBAR PROJEK INDIVIDU










BIODATA DIRI

NAMA                                   : ZAROSLIDA BINTI ISMAIL
NO. MATRIK                       : A126436
PROGRAM                           : IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN    
                                                 DENGAN KEPUJIAN KEUSAHAWANAN
TAHUN PENGAJIAN          : TAHUN 3
SEMESTER                          : 1 2011/2012
TUTORIAL                            :
                                                   HARI : RABU
                                                   MASA: 1000-1200
                                                  TEMPAT : MAKMAL 3