Wednesday 21 December 2011

ISU : PERBEZAAN PELAJAR SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR BERKAITAN ILMU IT.






Bila kita melihat pada zaman sekarang, semua perkara yang ingin dilakukan boleh dikatakan berkaitan dengan teknologi dan inovasi. Seperti kita melihat sekarang banyak sekolah-sekolah menggalakkan semua pelajar dan guru celik it. Tetapi adakah adil jika dibandingkan pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam ilmu it ini? sedangkan pendedahan it untuk pelajar luar bandar kurang jika dibandingkan dengan palajar bandar. Dan jika dilihat sesetengah guru pun tidak mampu memberi kesan positif dalam sistem pembelajaran it di sekolah. Jadi, peranan guru-guru yang celik it perlu untuk mendidik dan memantau setiap perubahan dan tindakan dalam meningkatkan tahap pencapaian pelajar dan guru di luar bandar. Selari dengan peredaran masa sekarang 'semua benda berada di hujung jari anda'.jadi, apakah pendapat  atau cadangan rakan-rakan untuk mengatasi masalah yang berlaku kepada pelajar luar bandar supaya mereka lebih celik IT..semoga kongsian ilmu antara kita akan menambahkan lagi ilmu yang sedia ada..sekian.

4 comments:

  1. Guru ibarat salah satu gedung bagi pelajar mendapatkan maklumat. Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, pelajar bandar mahupun luar bandar sewajarnya mendapatkan pengetahuan mengenai teknologi.

    Oleh yang demikian, pelajar luar bandar perlu diberi peluang untuk menerima pendedahan dengan lebih baik. Pihak bertanggungjawab perlu menyediakan pengetahuan dan kemudahan seperti makmal komputer dan sistem pembelajaran dari aspek pengetahuan teknologi kepada para guru.

    NAJIHAH ABD RAHMAN
    A122661

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, tiada beza pengetahuan IT antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar. Hal ini adalah kerana di sekolah luar bandar sekalipun sudah ada makmal-maklam komputer yang disediakan di sekolah-sekolah untuk memudahkan proses pembelajaran menggunakan ICT.

    Selain itu juga, pelajar di luar bandar juga mendapat ilmu IT melalui Cyber Cafe yang ada di kawasan perumahan mereka sekaligus mendedahkan diri mereka kepada dunia IT.

    Apa yang perlu pada masa kini adalah pemantauan yang berterusan dari pihak guru dan ibu bapa agar ilmu It yang diperolehi tidak disalahgunakan agar manfaat IT itu tidak sia-sia.

    emylia jamalludin
    A130898

    ReplyDelete
  3. terima kasih diatas perkongsian rakan-rakan..=)

    ReplyDelete
  4. skrg ni isu ttg celik it luar bandar dan bandar rasanye tiada bezanye krn skrg ni pusat2 cyber cafe tlh bnyk...ttg pnddkn di sek guru it perlu lbh rmai, kdg2 sebuah skolah hny ada 2org guru it shj, guru it ada yg bkn bidang mereka yg sbnr..cdgn sy pihak yg berwajib perlu mngkaji kualiti n kuantiti guru it di setiap skolah. (^_^)

    ReplyDelete